Wednesday, April 2, 2008

अप्रिल फूल

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
> sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
> orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
> Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
> sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
> berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
> runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
> Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
> rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
> bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
> orang-orang Islam dr Sepanyol.
> Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
> keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
> mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
> Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
> penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
> dimaksudkan.
> Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
> harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
> menuju ke perlabuhan.
> Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
> dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
> Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
> Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
> kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
> yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
> Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
> tetapi juga di serata dunia.
> Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
> turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
> merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
> sendiri.
> Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
>
>
> Petikan drpd Risalah Fikrah
> Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
> .....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

No comments: